Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2018 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 25 Julai ----- Tan Sri Zainal Rahim Seman Pengerusi SPA Yang Baharu

PUTRAJAYA, 25 Julai ----- Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu bermula hari ini setelah majlis angkat sumpah jawatan dan setia dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Dato’ Sri Azahar Mohamed di Istana Kehakiman pagi tadi. Turut mengiringi ke majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia, Setiausaha SPA Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu ketibaan Tan Sri Zainal ke SPA disambut oleh Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat Encik Ahmad Mokthar Shahul Hamid. ----- MediaSPA

 

 
 
 

Continue reading

Disember 2014 Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 42 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,157 orang dan seramai 671 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 28 Sept : Tan Sri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurus Sumber Manusia

    IPOH, 28 September ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA Ipoh. Pusat Temu Duga yang terletak di Bangunan UTC Perak adalah merupakan pemindahan dari Pusat Temu Duga sebelum ini iaitu di Bangunan Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh, Perak. Dalam ucapan perasmian, YBhg. Tan Sri Arpah berkata pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) adalah merupakan langkah strategik SPA kerana dapat melaksanakan penjimatan kos sewaan dan bagi tujuan memudahkan penyediaan perkhidmatan selaras dengan dasar penjimatan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, selain memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon yang menghadiri temu duga atau berurusan dengan SPA khususnya anak-anak Negeri Perak dan masyarakat sekitarnya. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pengerusi SPA Negeri Perak, YBhg. Dato’ Haji Jamri Suri. YBhg. Tan Sri Arpah juga turut meluangkan masa berjumpa dengan peserta bengkel pembinaan item yang dijalankan di Bangunan UTC.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Surat Pekeliling

Surat Pekelliling


Tahun
Bil
Pekeliling
Muat Turun
2025 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2025

  1. Sistem e-Pengisian 2.0
  1. Sistem Lantikan Kontrak (SLK)

  1. Format Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2025
2024 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2024

2023 1 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2023

2 .

Panduan dan Perancangan Permohonan Pengisian Jawatan Bagi Tahun 2023 (2)

2022 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

2019 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2018 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2017 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

2 .

Keperluan Mengemukakan Dokumen Lengkap Bagi Urusan Pelantikan, Perkhidmatan, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Kawalan Tatatertib

2016 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2014 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2012 1 .

Garis Panduan Permohonan Pelantikan Semula Secara Kontrak (Contract of Service)

2011 1 .

Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan 

2 .

Prosedur Pengesahan Pelantikan

3 .

Prosedur & Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan

2010 1 .

Garis Panduan Pengendalian Dokumen Untuk Kes-Kes Rayuan Tatatertib di bawah bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

2005 1 .

Panduan Pertukaran Perkhidmatan

2004 . 1

Permohonan Jawatan Secara Online oleh Pegawai Sedang Berkhidmat 

2000 . 1

Pelanjutan Tempoh Percubaan


Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 18 Jan ----- Tan Sri Zainal Rahim Adakan Sesi Perbincangan Persidangan SPA

PUTRAJAYA 17 Jan ----- Tan Sri Zainal Rahim Seman telah mengadakan sesi perbincangan penyelarasan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, di Putrajaya semalam. Sesi perbincangan turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha SPA Negeri. Hadir sama pegawai-pegawai kanan SPA dan Urus Setia Mesyuarat Suruhanjaya .----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 22/2018 telah diadakan pada 17 Julai 2018 di Pulau Pinang dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 

 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 2

  • "Kekalkan Hubungan Baik Antara Majikan Dan Pekerja" - Tan Sri Mahmood Adam

    KOTA KINABALU, 7 Januari ------ Pengerusi SPA, YBhg Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan agar hubungan baik yang sedia ada terus dikekalkan demi menjaga kebajikan warga SPA. Beliau berkata demikian dalam amanat yang disampaikan dihadapan wakil pekerja yang bermesyuarat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu malam tadi. Mesyuarat MBJ pertama bagi tahun 2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam yang menyampaikan amanat sebelum bermula mesyuarat itu juga memaklumkan bahawa SPA kini telah melakukan lebih dari 30 Transformasi sejak 7 bulan beliau menjadi Pengerusi SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 29 Sept : Karnival Kerjaya SPA di Ipoh

    IPOH, 29 September ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016 yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh, Perak, semalam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang turut hadir, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Haji Jamri Suri, Pengerusi SPA Negeri Perak, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Setiausaha SPA dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah penyerahan surat tawaran lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah. Satu sesi taklimat kerjaya dan panduan menghadiri temu duga turut diadakan sejurus selepas majlis perasmian. Selain itu, SPA turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online dan kaunter khidmat nasihat mengenai peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada orang ramai yang hadir.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Surat Edaran

Surat Edaran


Tahun
Bahagian
Pekeliling
Tarikh Surat
2025 Tatatertib
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) Tahun 2024
5 Februari 2025
2024 Pengambilan
  1. Surat Edaran Penubuhan Unit Perkhidmatan Awam Negeri (PRISMA9)
24 Disember 2024
  1. Surat Edaran Bagi Urusan Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP 1/2024) - Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
11 Disember 2024
  1. Surat Perwakilan Kuasa Bagi Pelarasan Gred Dan Gaji Permulaan Selaras Dengan Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
1 November 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Ketiga (Julai-September) Tahun 2024
18 Oktober 2024
  1. Surat Perwakilan Kuasa Bagi Pemberian Tawaran Opsyen Pertukaran Pelantikan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (PP 1/2024) Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
3 Oktober 2024
Tatatertib
  1. Surat Edaran Kesegeraan Mengambil Tindakan oleh Ketua Jabatan Yang Bertanggungjawab Melaporkan Salah Laku Pegawai Kepada Pihak Berkuasa Tatatertib 
7 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Kesegeraan Mengambil Tindakan Oleh Ketua Jabatan Dan Lembaga Tatatertib Dalam Urusan Rayuan Tatatertib
7 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua (April hingga Jun) Tahun 2024
6 Ogos 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama (Januari-Mac) Tahun 2024
10 Mei 2024
  1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober-Disember) Tahun 2023
8 Februari 2024
2023 Perkhidmatan

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Suku Tahun Ketiga (Julai-September) Tahun 2023    

02 November 2023

2. Surat Penarikan Balik Pewakilan Kuasa Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Kumpulan Pelaksana Gred Yang Setara Dengan Gred 19 Di Bawah Surat Cara Pewakilan Kuasa 1997[P.U.(B)189/1997]

7 September 2023

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Suku Tahun Kedua (April - Jun) Tahun 2023

13 Julai 2023

4. Surat Edaran Senarai Semak (Check-List) Penyediaan Dokumen Urusan Tindakan Tatatertib

13 Julai 2023

5. Surat Edaran Permohonan Penentuan Gaji Permulaan Berdasarkan Kelayakan Masuk Bagi Calon Lantikan tetap

6 April 2023

6. Surat Edaran Rumusan Bengkel Tata Kelola Urusan Tatatertib Tahun 2023

23 Mac 2023

7. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat (Oktober - Disember) Tahun 2022

31 Januari 2023
2022 Perkhidmatan

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Ketiga (Julai - September) Tahun 2022

14 Oktober 2022

2. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2022

20 Julai 2022

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2022

18 Mei 2022

4. Surat Edaran Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria dan Pembantu Kesatria

8 Februari 2022
2021 Tatatertib

1. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Kedua dan Ketiga Tahun 2021    

18 November 2021

2. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Jurubahasa Serentak dan Pembantu Makmal Filem Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan Jurubahasa Serentak dan Pembantu Makmal Filem

24 Ogos 2021

3. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2021

7 Mei 2021

4. Surat Edaran Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Keempat Tahun 2020

11 Februari 2021
2020 Tatatertib

1. Surat Pelaksanaan Modul Penentuan Status Tawaran Calon yang Menghidap Masalah Kesihatan melalui Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP)

14 Ogos 2020

2. Surat Pewakilan Kuasa Bagi Urusan Pertukaran Ketua Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (Stor) di bawah Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

11 Ogos 2020

3. Surat Pemerhati Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Bagi Suku Tahun Pertama Hingga Ketiga Tahun 2020  

24 September 2020

4. Surat Edaran Perwakilan Kuasa Bagi Penawaran Opsyen pertukaran Pelantikan Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Gred KP14 dan KP11 dari Pusat Tahanan Sementara, Majlis Keselamatan Negara ke Skim Perkhidmatan Pegawai imigresen gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia    

23 Disember 2020
2017 Tatatertib

1. Penentuan Gaji Permulaan Untuk Kali Pertama Kepada Pegawai Lantikan Tetap Yang Mempunyai Pengalaman Contract Of Service (COS) atau Contract For Service (CFS) di Sektor Awam (termasuk Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan) Yang Berkaitan Dengan Jawatan Yang Disandangnya Mengikut Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

5 Mei 2017
2016 Tatatertib

1. Perwakilan Kuasa Bagi Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

[1] [2]

9 Mei 2016
Perkhidmatan

1. Penentuan Gaji Permulaan Yang Lebih Tinggi Kepada Pegawai Lantikan Tetap Untuk Kali Pertama Mengikut Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturanpegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

27 Mei 2016
2015 Tatatertib

1. Pelaksanaan Peraturan Berkenaan Pengendalian Laporan Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam Oleh Ketua Jabatan

21 Disember 2015
2014 Tatatertib

1. Perwakilan Kuasa Bagi Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Bagi Pelaksanaan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan bagi Pejabat SUK Pulau Pinang, SUK Melaka, SUK Perlis, SUK Negeri Sembilan

8 Januari 2014

2. Surat Penarikan Balik Pewakilan Untuk Melantik, Mengesahkan Dalam Perkhidmatan Dan Memasukkan Ke Dalam Perjawatan Berpencen Jawatan-Jawatan Kumpulan Sokongan II (Gred 1 Hingga 16) Di Bawah Surat Cara Pewakilan Kuasa 1997 [P.U .(B) 496/1997]

14 Mac 2014

3. Pertukaran Pelantikan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Gred N11/N14 dan Operator Mesin Prosesan Data Gred F11/F14 Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

11 September 2014

4. Perwakilan Kuasa Bagi menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Skim Perkhidmatan Renjer Hutan, Penolong Pemelihara Hutan dan Pengawas Hutan

26 November 2014
2013 Tatatertib

1. Permohonan Perwakilan Kuasa Menawarkan Opsyen Pertukaran Pelantikan Bagi Pelaksanaan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

19 November 2013

2. Perwakilan Kuasa Melaksanakan Opsyen Pertukaran Pelantikan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim ke Skim Perkhidmatan Yang Baharu

24 Disember 2013
2010 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen kepada 39 Orang Pegawai Pelbagai Jawatan dan Gred dari Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

28 September 2010

2. Pertukaran Pelantikan  Melalui  Pemberian Opsyen Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Gred S11 Ke Skim Perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Mengikut  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009

6 Mei 2010

3. Surat Edaran Pemberian Opsyen bagi Skim Perkhidmatan Tukang Masak Gred N1,N4 ke Skim Perkhidmatan Tukang Masak Gred N17 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009

19 April 2010

4. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36 Berikutan Perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

26 Januari 2010
2009 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Pembantu Tadbir Rendah (PTR) Gred N11, N14 dan Operator Mesin Prosesan Data (OMPD) Gred N11, N14 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Berikutan Penjumudan Skim Perkhidmatan

9 Julai 2009
2008 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen 89 Orang Pegawai di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah ke Perkhidmatan Gunasama Am Persekutuan

7 November 2008
2005 Tatatertib

1. Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen Seramai 12,217 Orang Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara Dan Pegawai Penjara Pelbagai Gred Skim Perkhidmatan Baru Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara Dan Pegawai Penjara

26 Oktober 2005

2. Pertukaran pelantikan melalui opsyen seramai 786 orang pegawai pelbagai jawatan di bawah klsaifikasi perkhidmatan perubatan dan kesihatan ke skim perkhidmatan pengajar

5 September 2005

3. Kelulusan pertukaran pelantikan melalui Opsyen seramai 79 orang Pembantu Kesihatan Awam Gred U11 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 Kementerian Pertahanan

29 Jun 2005

4. Kelulusan pertukaran pelantikan melalui Opsyen seramai 2107 Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U14 dan U11 ke Skim Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 dan 2881 orang Pembantu Kesihatan Awam Gred U14 dan U11 ke Skim Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

19 Mei 2005

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 19 Jan ----- Bangunan F1 Akan Menempatkan Pejabat SPA Yang Baharu

PUTRAJAYA 18 Jan ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah membuat lawatan ke bangunan F1 yang akan menempatkan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam. Turut hadir Dato' Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil pemaju Blok F itu, bangunan F1 yang akan menempatkan pejabat SPA, akan siap sepenuhnya pada Mac depan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dijangka akan berpindah ke bangunan baharu ini selepas bulan berkenaan. Kompleks Kerajaan Parcel F ini terletak di Precint 1 Putrajaya .----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 27 Julai ----- Tan Sri Zainal Rahim Seman Bertemu Warga SPA

PUTRAJAYA, 27 Julai ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah membuat lawatan dan bertemu dengan warga SPA disetiap Bahagian di Putrajaya pagi tadi. Beliau turut diiringi Setiausha SPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras. Antara Bahagian yang dilawati ialah Bahagian Pengambilan, Pengambilan Khas, Perkhidmatan, Peperiksaan, Naik Pangkat Dan Tatatertib, Pengurusan Maklumat, Dasar & Perancangan, Urus Setia Mesyuarat, Pengurusan, dan Urus Setia SPKP. Tan Sri Zainal Rahim juga meluangkan masa bertemu dengan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan calon-calon yang sedang menunggu untuk sesi temu duga. Tan Sri Zainal Rahim telah mengangkat sumpah sebagai Pengerusi SPA pada 25 Julai, Rabu lepas. ----- MediaSPA

 

 

 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 3

  • Aksi Liga Perdana 2013, KL S.P.A Putrajaya FC Tetap memberi Saingan Tanpa Pemain Import

    KOTA KINABALU, 7 Januari ------ Jaringan lewat separuh masa kedua menerusi tendangan penalti pasukan tuan rumah Sabah menyebabkah pasukan KL S.P.A Putrajaya FC, pulang tanpa sebarang mata dalam saingan pembukaan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah petang semalam. Jaringan kedua pasukan Sabah itu diperoleh melalui Shahrul Azhar Ture pada minit ke-70. Bagaimanapun pasukan KL S.P.A Putrajaya yang tidak mempunyai pemain import tetap memberi saingan dan menembusi benteng pasukan Sabah melalui jaraingan oleh Muhamad Asyidi Dil Ashar Yusof pada minit ke-26 separuh masa pertama. Sabah yang bermain dihadapan penyokong sendiri, menang 2-1. Pasukan S.P.A Putrajaya FC akan bertemu Perlis dalam perlawanan kedua pada Jumaat ini di Stadium Hang Tuah Melaka.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Oktober : SPA Sertai Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Kebangsaan

    SERDANG, 2 Oktober ------ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Hamimah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016 Peringkat Kebangsaan yang disambut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam. Seramai 10,000 peserta daripada pelbagai agensi menyertai perarakan dan perhimpunan yang bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah termasuklah kontinjen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diketuai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 23

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 568 orang dan seramai 817 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 19 Jan ----- Kunjungan Hormat Anggota SPA Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA 18 Jan ----- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Pusat Petadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, semalam. Kunjungan hormat yang bermula 11.30 pagi itu diketuai oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegaai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat SPA yang disampaikan oleh Tan Sri Zainal Rahim .----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading