Pembantu Hidupan Liar Gred G11/G19

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
G19 RM1,357.00 RM4,008.00 RM100.00
G11 RM1,200.00 RM2,977.00 RM80.00
  • Syarat Lantikan:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G11
      • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,200.00).
      • Calon bagi lantikan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).
      • Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.
    Bertanggungjawab mengetuai kakitangan menjalankan rondaan, ambush dan penggeledahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72, menyediakan kertas pertuduhan, mengetuai tugas pengawalan ke atas gangguan hidupan liar, mengawal selia stor dan membantu ketua jabatan menjalankan tugas-tugas pentadbiran.