Juru X-Ray Gred U29

  • Gred: U29, U32, U36
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
 
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Tanggungjawab klinikal
  2. Aspek pengurusan organisasi
  3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
  5. Pendidikan dan latihan
  6. Teknologi terkini :
    1. Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
    2. Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.