Penolong Pegawai Laut Gred A29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Laut Semenanjung/ Sabah/Sarawak dan Jabatan Perikanan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,794.00 RM5,707.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. diploma dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,794.00); atau
      2. diploma dalam bidang sains nautika yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
      3. Chief Mate of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
      4. Second Engineer Officer of Between 750 & 3000 kW on Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,868.36); atau
      5. diploma dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
      6. Master of Between 500 & 3000 GT Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
      7. Chief Engineer Officer of Between 750 & 3000 kW on Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM1,943.57); atau
      8. Chief Mate of 3000GT or more Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,018.77); atau
      9. Second Engineer Officer of 3000 kW or more on Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,018.77); atau
      10. Master of 3000 GT or more Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,093.97); atau
      11. Chief Engineer Officer of 3000 kW or more on Near Coastal Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,093.97); atau
      12. Officer In Charge of a Navigational Watch of 500 GT or more on Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,244.37); atau
      13. Officer In Charge of an Engineering Watch of 750 kW or more on Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred A29 : RM2,244.37).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
    2. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab membantu dalam menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.