Penolong Pegawai Perubatan Gred U41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
 
     
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
DESKRIPSI TUGAS :  
  • Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
  • Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.
Â