Pemandu Kenderaan Gred H11

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  a. warganegara Malaysia; dan  
  b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  c.
  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  2. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  3. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
    1. Lesen D: RM1,264.15
    2. Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
    3. Lesen F/H: RM1,356.45
    4. Lesen G/I: RM1,402.60
 
     
3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumperroller dan traktor pertanian.  
     
  Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
Laman Web EZSkim