April 2012 - Aktiviti 1

  • SPA Juara Perlawanan Bowling PUSPANITA JPM 2012

    PUTRAJAYA 2 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjadi Johan Pertandingan Bowling PUSPANITA JPM 2012, yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Jumaat lepas. Dengan jatuhan pin sebanyak 1,745, pasukan SPA yang terdiri daripada gandingan Aisyah Husin, Nor Haslin Yusop, Saliza Mohamad Nafiah dan Nooremalia Mohamad telah menewaskan pasukan dari SPRM yang mendapat Naib Johan. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Sementara itu, Nor Haslin Yusof dari SPA telah mendapat tempat ke dua dalam kategori High Score dengan 477 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Zaidah Umar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JPM ----- MediaSPA

Aktiviti1