April 2012 - Aktiviti 10

  • "Kita Tidak Perlu Kecewa" --Datuk Ramli Juhari

    BANGI 22 April ----- “Kita tidak perlu kecewa”, itulah kata-kata semangat, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari kepada pasukan SPA FC yang tewas kepada pasukan UiTM FC 3 – 1 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas Bangi, petang tadi. “Pasukan lawan pasti akan berusaha menewaskan pasukan kita sebab mereka tahu kita pasukan yang bagus, sebab itu mereka berusaha keras” ujar beliau ketika berucap di hadapan pemain-pemain SPA FC setelah tamat perlawanan. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tandukan oleh Zulkifli Affendi pada minit ke-62. ”Kita ada lagi 9 perlawanan selepas ini, dan ada masa lagi, tidak perlu kecewa”. Pasukan SPA FC yang telah bermain 7 kali, menang 5 perlawanan, sekali seri dan tewas satu perlawanan kepada UiTM petang tadi. Bagaimana pun SPA FC masih berada di tangga teratas Liga. ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10