April 2012 - Aktiviti 13

  • SPA FC Bangkit Menewaskan Pulau Pinang

    BANGI 30 April ----- Pasukan SPA FC bangkit dengan menewaskan pasukan Pulau Pinang FC 1-0 dalam saingan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA diperoleh melalui Muhammad Rery Martinez Mohd Ali pada minit ke 54. Pemain-pemain Pulau Pinang yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan, Hasmawi Hassan sentiasa mengasak ke kubu SPA FC namun gagal menembusi benteng untuk mencipta jaringan. Jurulatih SPA FC, Mohd Nidzam Jamil nyata gembira dengan permainan yang merupakan perlawanan terakhir dalam pusingan pertama LIga FAM 2012 dengan mendapat 19 mata. Pada pusingan kedua yang akan bermula minggu hadapan SPA FC akan bertemu pasukan ini sekali lagi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang. ----- MediaSPA

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13