April 2013 - Aktiviti 4

  • S.P.A Muncul Juara Pertandingan Bola Jaring JPM 2013


    PUTRAJAYA 7 April ----- Pasukan Bola Jaring S.P.A muncul juara setelah menewaskan pasukan JPA dalam Pertandingan akhir Bola Jaring Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2013 yang berlangsung di Padang Pancarona, Presint 18 Putrajaya semalam. Sebanyak 15 pasukan bertanding terdiri dari pelbagai Kementerian dan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat Encik Shafarin Nasuredin. Pasukan yang menjadi juara pada pertandingan kali ini telah mendapat hadiah berupa wang tunai serta pingat -----MediaSPA

Aktiviti4