April 2015 - Aktiviti 12

  • "Kenaikan pangkat itu ada tanggungjawab perlu dilaksanakan" ----- Tan Sri Mahmood Adam

    GOMBAK 8 April ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) Tan Sri Mahmood Adam berkata setiap kenaikan pangkat yang diperolehi oleh seseorang itu pasti ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam satu majlis perkongsian ilmu “ Eksklisif bersama Pengerusi S.P.A” kepada warga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Gombak Selangor petang semalam. Menurutnya lagi seorang pegawai mestilah menjalankan tugas dengan sempurna mengikut peraturan dan jadikanlan ia sebagai amalan serta barlaku adil kepada kakitangan di bawah seliaannya . Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Dato’ Hasnan Hassan. Terdahulu dari itu satu taklimat pengenalan S.P.A dan perkhidmatan awam turut disampaikan kepada warga JAKOA ----- MediaSPA

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12