April 2016 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 21 April ----- Penjawat awam seharusnya jaga kesihatan ----- Dato' Seri Arpah

    PUTRAJAYA 20 April ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak berkata, penjawat awam seharusnya menjaga kesihatan dan mempunyai fizikal yang baik dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada perkhidmatan awam. Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan yang berkonsepkan secara santai dengan tema cergas dan sihat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah mengambil langkah iaitu pembaharuan bagi beberapa jawatan yang dikenalpasti melalui proses tapisan di Assessment Centre dan mereka akan diuji tahap kecergasan fizikal melalui ujian UKJK, BMI yang akan menentukan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya iaitu temu duga. Terdahulu, satu majlis ringkas penyampaian kit perlindungan lengkap denggi telah disampaikan oleh Dato’ Mustapha Ahmad S.Marican daripada Yayasan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan untuk diagihkan kepada warga S.P.A. MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4