April 2018 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 24 April ----- Temu duga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 tahun 2018

    PUTRAJAYA, 24 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 bagi pengambilan tahun 2018 yang bermula pada 17 April sehingga 16 Mei 2018. Sesi temu duga PTD pada kali ini melibatkan sebanyak 12 Lembaga Temu Duga (LTD). Seramai 1,965 orang calon telah layak untuk dipanggil menghadiri temu duga setelah lulus dalam peperiksaan secara online, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Program Assessment Centre (PAC) PTD. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menjalankan sesi temu duga PTD bertempat di Pusat Temu duga SPA Putrajaya.-----MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2