Disember 2013 - Aktiviti 15

  • KUALA LUMPUR 14 Dis ------ Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi telah mengadakan program bicarawara “LANDSKAP” di TV1 bertajuk “SPA:Kerjaya Pilihan Atau Terpaksa”. Program yang disiarkan secara langsung selama satu jam bermula pada jam 9.00 malam itu telah menjemput dua orang panel iaitu YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Antara perkara yang dibincangkan ialah permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam dan statistik pecahan kaum yang memohon jawatan di S.P.A. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara Sayed Munawar SM dan Shuhaimi Mohamed itu turut dibuka talian untuk panggilan penonton.-----MediaSPA
Aktiviti 15

Aktiviti 15