Disember 2013 - Aktiviti 21

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam bersama Pegawai Gred 41,44 Dan 48  
       
    S.P.A 18 Dis ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai-pegawai Gred 41,44 dan 48 yang bertugas di S.P.A. Perjumpaan antara Pengerusi dengan pegawai-pegawai pelaksana itu adalah merupakan perbincangan mengenai perancangan untuk mempertingkat prestasi S.P.A sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan yang berkehendak agar sektor awam ini terus relevan mengikut arus perkembangan negara masa kini. Menurutnya lagi beliau mahukan supaya kumpulan pegawai ini turut memberi idea bagi terus memperkasa S.P.A supaya ia tidak dipandang rendah oleh orang luar. Dalam perjumpaan selama 2 jam setengah ini juga, Tan Sri Mahmood Adam turut mencetuskan 30 strategi dan ia harus difahami bersama. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Pegawai Gred 41,44 dan 48 ditubuhkan dan seterusnya satu sesi retreat berkaitan akan diadakan dalam tempoh terdekat ----- MediaSPA
Aktiviti 21

Aktiviti 21

Aktiviti 21

Aktiviti 21