Disember 2013 - Aktiviti 8

  • Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Khas S.P.A  
       
    S.P.A 10 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas S.P.A. Mesyuarat penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan operasi dan pembangunan di S.P.A. Sebanyak 22 jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Pengerusi S.P.A akan diadakan secara mingguan dan akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Antara jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa khas Integriti, Keselamatan dan Perlindungan,KPI, Strategik Media, ICT, Transformasi, Kolaborasi, Star Rating, Interaksi Bersama Kementerian dan Jabatan, Portal/Laman Web SPA, Kemahiran Bersama Pelanggan, Urusan Pelaksanaan Temu Duga SPA, Penyelarasan Kelab Sukan SPA, Perancangan Dasar SPA, Penggubalan Soalan Peperiksaan bagi tujuan Bank Data SPA, Pengurusan Data dan Statistik SPA, Buku Laporan Tahunan SPA, Pengurusan Aduan dan One Stop Centre, Kerohanian dan Keagamaan, Pendaftaran Online dan Pengkhususan Bidang Mengikut jawatan, Sumber Manusia dan Jawatankuasa khas Audit & Akaun. ----- MediaSPA
Aktiviti 7

Aktiviti 8

Aktiviti 8