Disember 2015 - Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 16 Dis ----- S.P.A Tempat Ke Dua Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015

    PUTRAJAYA 16 Dis ----- Inisiatif Inovasi Exam Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) mendapat tempat kedua Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2015 dan membawa pulang wang tunai 100 ribu ringgit serta sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa kepada Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pada majlis AISA 2015 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Tempat pertama Anugerah AICC dimenangi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Manakala Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ----- MediaSPA

Aktiviti11_1

 

Aktiviti11_2

 

Aktiviti11_3

 

Aktiviti11_4

 

Aktiviti11_5