Disember 2015 - Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 685 orang dan seramai 2,625 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2