Disember 2016 - Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 05 Disember ----- SPA Juara Perlawanan Bola Jaring Kejohanan MAKSWIP 2016

    KANGAR, 04 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah muncul juara dalam Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2016 yang diadakan di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pagi tadi. Pasukan SPA menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jaringan 14 – 7. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin semasa pelepasan pasukan pada Khamis lepas berkeyakinan bahawa pasukan Bola Jaring SPA akan memperoleh kejayaan memandangkan pada tahun lepas (2015) pasukan ini muncul naib juara. Selain itu, SPA juga turut menghantar pasukan bola sepak namun tuah tidak berpihak kepada SPA pada tahun ini. MediaSPA

Aktiviti3_1

 

Aktiviti3_2

 

Aktiviti3_3

 

Aktiviti3_4