Disember 2016 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 16 Disember ----- SPA Terima Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016

    PUTRAJAYA, 15 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mendapat tempat ke-2 bagi Kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2016 dan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016. Majlis yang bertemakan “Inovasi Melantasi Konvensi, Inovasi Menjana Produktiviti” telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Hotel Marriott, Putrajaya malam tadi. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, hadir mewakili SPA untuk menerima sijil dan hadiah wang tunai berjumlah RM100 ribu yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Turut hadir Setiausaha SPA YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Hj. Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah tersenarai dalam finalis bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah mendapat tempat pertama dan juga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang telah mendapat tempat ketiga. MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4

 

Aktiviti6_5

 

Aktiviti6_6

 

Aktiviti6_7

 

Aktiviti6_8