Februari 2013 - Aktiviti 3

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Sumbangan

    SPA 7 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga S.P.A berketurunan Cina. Majlis ringkas yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi turut di hadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga S.P.A berketurunan Cina dan menasihatkan agar berhati-hati dalam perjalanan ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Â