Januari 2013 - Aktiviti 10

  • Lawatan Dari Chinese Academy Of Governance

    SPA 16 Januari -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima kunjungan dari "Chinese Academy Of Governance". Rombongan daripada Beijing, China seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Qin Sichai, Director General, Department Of Education Planning. Satu taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyampaikan cenderamata kenangan kepada Qin Sichai dan delegasi ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10