Januari 2013 - Aktiviti 12

  • Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5

    MELAKA 17 Januari ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5. Hadir sama, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato' Dr. Ismail Bin Alias dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu satu Forum bertajuk "Tatacara Pelaksanaan Tindakan Surcaj Dalam Perkhidmatan Awam" telah dibentangkan oleh tiga orang panel iaitu YBhg. Dato' S. Kumaran, Setiausaha Bahagian Kewangan Strategik Kementerian Kewangan, YBhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang, Ketua Audit Negara dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruki Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menjadi Moderator forum tersebut. Dalam Majlis Penutupan Persidangan ini juga, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan Sijil Pentauliahan kepada 13 Pegawai Pemudah Cara Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam. Persidangan selama dua hari ini, telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam semalam. -----MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12