Januari 2013 - Aktiviti 13

  • Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Bersama BERNAMA Radio 24

    KUALA LUMPUR 19 Januari ----- Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad malam tadi telah bersiaran secara langsung di Stesan Bernama Radio 24, di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Rancangan yang bernama "DALAM RADAR" telah ke udara dari jam 7 malam hingga 8 malam bersama peneraju Wan Syahrina dan Ikmal Hafis. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai kriteria yang perlu ada pada penjawat awam dan layanan penjawat awam kepada orang ramai/pelanggan terutama di kaunter barisan hadapan. Rancangan ini juga dibuka kepada orang ramai untuk panggilan telefon secara langsung.-----MediaSPA

Aktiviti13