Januari 2013 - Aktiviti 17

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

    PUTRAJAYA 24 Januari ----- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 13 ribu orang yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula daripada Presint 2 ke Dataran Putra. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. S.P.A juga turut menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" . ----- MediaSPA

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17