Januari 2013 - Aktiviti 3

  • Aksi Liga Perdana 2013, KL S.P.A Putrajaya FC Tetap memberi Saingan Tanpa Pemain Import

    KOTA KINABALU 7 Januari ----- Jaringan lewat separuh masa kedua menerusi tendangan penalti pasukan tuan rumah Sabah menyebabkah pasukan KL S.P.A Putrajaya FC, pulang tanpa sebarang mata dalam saingan pembukaan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah petang semalam. Jaringan kedua pasukan Sabah itu diperoleh melalui Shahrul Azhar Ture pada minit ke-70. Bagaimanapun pasukan KL S.P.A Putrajaya yang tidak mempunyai pemain import tetap memberi saingan dan menembusi benteng pasukan Sabah melalui jaraingan oleh Muhamad Asyidi Dil Ashar Yusof pada minit ke-26 separuh masa pertama. Sabah yang bermain dihadapan penyokong sendiri, menang 2-1. Pasukan S.P.A Putrajaya FC akan bertemu Perlis dalam perlawanan kedua pada Jumaat ini di Stadium Hang Tuah Melaka. ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3