Januari 2014 - Aktiviti 48

  • Pemain Badminton S.P.A Terima Insentif

    PUTRAJAYA 30 Jan ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan insentif berupa cek bernilai RM3,000.00 setiap seorang kepada pemain badminton yang telah berjaya mengharumkan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam perlawanan Antarabangsa dan dalam Negara iaitu Sannatasah Saniru yang telah menjadi Naib Johan Perseorangan Wanita Badminton Bahrain International Series 2013 serta Johan Bergu Campuran Bangladesh International Challenge 2013 berpasangan dengan Muhammad Adib Haiqal Nurizwan. Turut menerima insentif Mohd Ariff Abdul Latiff yang menjuarai perlawanan perseorangan lelaki Maybank Kuching International Challenge 2013. Penyampaian hadiah telah dilakukan di majlis perhimpunan bulanan S.P.A anjuran Bahagian Pengurusan bersama ASPA di dewan temu duga Putrajaya. Pengerusi S.P.A juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 26 orang petugas One Stop Centre dan penyampaian sijil kepada 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013, peminjam buku terbanyak serta penyampaian kit kepada kakitangan yang baharu bertugas di S.P.A. Di perhimpunan ini juga, artis jemputan khas iaitu pelakon terkenal Aaron Aziz telah menyampaikan ceramah motivasi selama 45 minit tentang kehidupan dan kejayaan beliau. Terdahulu, Aaron Aziz telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48

 

Aktiviti48