Januari 2015 - Aktiviti 1

  • Tan Sri Mahmood Berharap S.P.A Lebih Cemerlang Berinovatif Berintegriti Dan Berdaya Saing

    PUTRAJAYA 2 Jan ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berharap semoga tahun 2015 akan memberikan kejayaan yang lebih cemerlang kepada SPA, berinovatif, berintegriti dan berdaya saing serta akan terus unggul di perkhidmatan awam. Beliau berkata demikian dalam perutusan Tahun Baharu 2015 kepada warga S.P.A. Menurutnya lagi S.P.A sebagai Pihak Berkuasa Melantik yang merupakan gerbang perkhidmatan awam, berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dibawah fungsinya yang menuntut perkhidmatan awam kini lebih mesra rakyat dan disenangi oleh semua pihak. “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bertekad untuk bersama-sama menggalas TRANSFORMASI bagi memenuhi kehendak rakyat dan pelanggan khususnya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya. Terdahulu dari itu beliau berkata, Walaupun di bawah tirai 2014 memberikan satu pengalaman dan dugaan buat rakyat Malaysia, beliau berharap agar semua rakyat akan terus tabah, yakin dan terus membina masa depan bersama, bersatu padu, moderat dan makmur untuk semua rakyat Malaysia. Semoga tirai baru ini dimulakan dengan penuh semangat dan penuh dedikasi dengan jayanya,” jelasnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1