Januari 2015 - Aktiviti 16

  • "Tugas dan peranan kakitangan awam beri penjelasan" ----- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 2 Jan ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata tugas dan peranan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan adalah memberi penerangan tetapi bukan bersifat defensive atau mempertahankan sebaliknya memberi penjelasan yang sebenarnya sama ada melalui media social, ini termasuk Facebook dan sebagainya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi pada masa sekarang banyak fitnah dalam sosial media yang dilemparkan terutama kepada Kerajaan atau pun agensi /jabatan kerajaan. Tan Sri Mahmood juga berkata banyak cabaran-cabaran yang dihadapi Negara namun dengan semangat perpaduan dan kepimpinan yang ada sekarang ia telah berjaya diatasi. Dalam perhimpunan itu juga sesi pengenalan pemain dan jersi Kelab Bolasepak SPA FC musim 2015 yang akan mengharungi saingan Liga Perdana. ---- MediaSPA

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16