Januari 2017 - Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Pengerusi SPA Hadir ke Program Assessment Centre (PAC) PTD 2017

    KUALA LUMPUR, 11 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara untuk melihat perjalanan Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tahun 2017. Ketibaan Pengerusi disambut oleh Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifudin Syed Ikhsan. Sejurus tiba, YBhg. Tan Sri Arpah diberi taklimat berkenaan dengan Program PAC PTD bagi tahun 2017 dan turut meluangkan masa melihat perjalanan program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Seramai 133 calon hadir untuk program UKJK pada hari ini yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4

 

Aktiviti2_5