Januari 2019 - Aktiviti 9

  • Kuching 28 Januari (Isnin) --- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah membuat kunjungan hormat terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di pejabat Pengerusi SPA Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak . Kunjungan hormat yang bermula 2.30 petang itu diketuai oleh Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir sesi kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia , Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA Malaysia Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit kepada semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia. Seterusnya diakhiri dengan sesi gambar kenangan bersama-sama dengan semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia dan SPA Negeri Sarawak.

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

Â