Julai 2012 - Aktiviti 9

  • Tan Sri Pengerusi Ucap Tahniah Kepada SPA FC

    SPA 24 Julai ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA (SPA FC) kerana menjuarai Liga FAM 2012. Beliau berkata demikian, dalam sesi perjumpaan ringkas bersama pengurus pasukan SPA FC, Encik Aidid Molana, Jurulatih SPA FC, Encik Nizam Jamil dan Encik Kamaruzaman Hassan serta Ketua Pasukan SPA FC, Encik Mohd Zulkifli Affendi di Pejabat Pengerusi SPA pagi ini. ”Saya ucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak SPA dan kemenangan ini adalah salah satu cara untuk SPA lebih dikenali bukan sahaja dalam urusan pengambilan malah dalam bidang sukan” katanya. Hadir sama Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1