Julai 2013 - Aktiviti 11

  • Program Kerjaya di Lahad Datu

    Lahad Datu, 6 Julai----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Program Kerjaya bertempat di daerah Lahad Datu Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Urusetia Sabah, Tn Hj Musa bin Sulaiman. Dalam ucapan Ybhg Dato' "Pemilihan Lahad Datu untuk program kali ini dirasakan sangat tepat dan bersesuaian bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat di daerah ini walaupun pernah mengalami peristiwa hitam, namun masyarakat di sini tidak sesekali dilupakan dan diabaikan daripada mendapat peluang-peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam persekutuan".

    Taklimat kerjaya dan tips temuduga khusus kepada pelajar sekolah menengah telah disampaikan oleh Cik Salwa Izani bt Kamarzaman. Antara lain aktiviti sepanjang program kerjaya ialah Pendaftaran dan Semakan online serta kaunter bagi khidmat nasihat urusan perkhidmatan.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1