Julai 2013 - Aktiviti 5

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Johor

    JOHOR BAHRU 3 Julai----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan "Seminar S.P.A Outreach - Pengenalan S.P.A Dan Perkhidmatan Awam" Kepada Guru-Guru Kaunseling" peringkat Negeri Johor. Seminar yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan wakil Ketua Pengarah Pendidikan Johor. Sesi taklimat dimulakan dengan tajuk Pengenalan kepada S.P.A dan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas. Sementara itu, sesi taklimat mengenai Pelaksanaan e-Profiling Kerjaya Murid disampaikan oleh Tuan Haji Rozman Harun daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Seramai 200 orang peserta hadir dalam seminar pada kali ini.-----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1