Julai 2013 - Aktiviti 6

  • Sesi Interaksi Bersama Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam Di Pontian, Johor

    PONTIAN 4 Julai----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Muji Salimon. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Sesi ceramah kerjaya yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Kulai turut diadakan. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan.-----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1