Jun 2013 - Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Ucap Tahniah Kepada SUB Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak  
       
    SPA 24 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Abdullah di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak. "Saya ucapkan tahniah kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih atas kenaikan pangkat dan terima kasih atas sumbangan beliau kepada S.P.A selama ini". Beliau akan memulakan tugas di tempat baharu berkuatkuasa pada 1 Julai ini di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Dalam ucapan balas dan terakhir sebagai warga S.P.A, Encik Mohd Saiful Sungkih turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, pegawai-pegawai kanan serta Warga S.P.A yang banyak memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak sejak tahun 2009 sehingga kini.-----MediaSPA
Aktiviti 14

Aktiviti 14

Aktiviti 14