Mac 2012 - Aktiviti 13

  • SPA FC Akan Bangkit Menentang Kelantan Di Stadium Sultan Muhammad IV Selasa Ini

    BUKIT JALIL 25 Mac ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC akan bangkit menentang Kelantan apabila bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2012 Selasa ini. SPA FC tewas 0 – 3 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas. Pengurus Pasukan SPA FC, Encik Aidid Maulana Mataha berkata ”pemain telah berusaha menyekat pasukan kelantan dan hampir mengejutkan mereka, tetapi oleh kerana kurang pengalaman dan hilang sedikit fokus membuatkan kita kalah”. Menurutnya lagi pemain telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. ”Kita adalah pasukan yang bertuah kerana dapat menentang pasukan gergasi nombor satu (1) di Malaysia dan terima kasih kepada warga SPA atas sokongan dan juga kepada pengurusan atasan yang telah menaikkan semangat pemain walaupun berdepan dengan ribuan penyokong-penyokong Kelantan. Insyallah kita ada peluang lagi di sana dan akan memberikan tentangan yang sengit” ujarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1