Mac 2012 - Aktiviti 2

  • Cipta Sejarah, SPA FC bertemu Kelantan dalam Piala FA 2012

    BUKIT JALIL 10 Mac ----- Pasukan Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC), melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam perlawanan Piala FA 2012. Dalam perlawanan malam tadi di aksi pusingan kedua, SPA FC menewaskan pasukan dari Kamboja, Preah Khan Reach FC 1– 0, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jaringan diperoleh pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi. Mengulas kemenangan, Presiden Pasukan SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, "Ini satu rekod baru bagi sebuah kelab dari Liga FAM untuk berada di tempat 8 pasukan terbaik di negara kita”. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurus, ketua pasukan, jurulatih yang bertungkus lumus untuk merangka strategi dalam perlawanan ini. Sementara itu, dalam perlawanan menentang Kelantan pada 24 Mac ini, jurulatih pasukan, Nidzam Jamil berkata "Kelantan adalah pasukan yang besar dan beliau tidak mahu pemain bermain dalam keadaan tertekan ”. Pengurus pasukan SPA FC, Aidid Molana pula berkata, pemain amatur (SPA FC) juga tiada halangan untuk memenangi permainan di peringkat yang lebih tinggi dan menewaskan pasukan yang lebih baik ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1