Mac 2013 - Aktiviti 10

  • Lawatan Kerja Dari SPA Singapura

    SPA 20 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam telah menerima delegasi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura yang diketuai oleh Pengerusinya, Mr Eddie Teo. Lawatan kerja sehari yang disertai oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Negara berkenaan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di S.P.A Malaysia. Terdahulu dari itu kunjungan hormat kepada Pengerusi S.P.A., YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Satu taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, di bilik mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A ----- MediaSPA

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10