Mac 2013 - Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Sempurnakan Penutupan Rasmi Kursus Urusan Pengambilan

    PORT DICKSON 28 Mac ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A),YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Urusan Pengambilan dan Teknik Temu Duga yang diadakan di Permaisuri Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Abdullah bin Tahir . Kursus tiga hari anjuran ASPA yang bermula pada hari Selasa lepas telah dihadiri oleh 52 peserta terdiri dari wakil-wakil Kementerian dan Jabatan. Antara lain, dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg.Tan Sri Mahmood Adam di majlis itu ialah mengenai Transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14