Mac 2013 - Aktiviti 4

  • Program Senam Seni Di S.P.A Terus Mendapat Sambutan

    SPA 6 Mac ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini turut serta bersama Warga S.P.A dalam Program Senam Seni. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Rabu itu terus mendapat sambutan dari kalangan warga S.P.A. Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzaman Hassan dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Program Senam Seni yang bermula sejak tahun 2010 itu telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Acara yang bermula selepas waktu pejabat itu telah diadakan selama sejam bermula pada jam 5.30 petang di Dewan Temu Duga S.P.A, Aras 6---- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4