Mac 2014 - Aktiviti 14

  • Mesyuarat SPKP Ke-123

    PUTRAJAYA 11 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-123 pada 11 Mac 2014 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat talah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Pihak SPKP telah menimbang dan membuat keputusan melibatkan 150 Pegawai Undang-Undang pelbagai gred bagi urusan Pelantikan Pegawai Undang-Undang, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Pelepasan Peminjaman dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 36 kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran (e-Circulation SPKP) dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan oleh Suruhanjaya ---- SPKP/MediaSPA.

Aktiviti14
Aktiviti14
Aktiviti14
Aktiviti14
Aktiviti14