Mac 2017 - Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 16 Mac ----- Karnival Kerjaya SPA

    MELAKA, 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Outreach SPA 2017 yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Haji Naim Bin Abu Bakar, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Bin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Selain booth pameran dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan, SPA juga turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online yang disediakan secara percuma kepada orang ramai, kaunter semakan status permohonan dan juga taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan kepada orang ramai yang hadir di antaranya adalah seperti kempen derma darah, perkhidmatan klinik pergigian bergerak, pembaharuan lesen kenderaan dan pembaharuan kad pengenalan. MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3

 

Aktiviti9_4

 

Aktiviti9_5

 

Aktiviti9_6