Mei 2012 - Aktiviti 8

  • Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Allahyarham Noorazmi Bakri

    SPA 18 Mei ----- Warga Suruhanjaya Perkhdmatan Awam hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarham Noorazmi bin Bakri dari Bahagian Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad lepas. Majlis yang diadakan di surau Blok C7 turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Turut hadir Yang Dipertua PASPA, En Shafarin Nasuredin. Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Encik Salehudin Md Dahlan. Hadir sama balu Allahyarham Noorazmi, Puan Rohana Ahmad. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo juga menyampaikan sumbangan kepada Puan Rohana Ahmad berupa wang tunai yang telah disumbangkan oleh warga SPA. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan dan PASPA -----MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8