Mei 2021 - Aktiviti 1

  • Putrajaya, 4 - 5 Mei 2021 ----- Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Asas Grafik dan Visual yang telah dijalankan pada 4 dan 5 Mei 2021 bertempat di Bilik Latihan, Bahagian Digital dan Informatik, Aras 8. Seramai 18 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar dari Bahagian Digital dan Informatik. Kursus ini telah mencapai objektif iaitu memberi kemahiran asas kepada peserta dalam penggunaan aplikasi Canva dalam menghasilkan aktiviti tugasan dan kerja-kerja rekabentuk grafik supaya dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Kursus Asas Grafik dan Visual berakhir dengan pertandingan mereka cipta poster dan video dan dimenangi peserta dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Perkhidmatan.
Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4

 

Aktiviti1_5

 

Aktiviti1_6

Â