November 2012 - Aktiviti 12

  • Jaga Nama Baik SPA Dan Kerajaan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    KOTA KINABALU 21 November----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan Warga SPA supaya menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. "Jaga nama baik SPA dan Kerajaan, kerana kalau kita (SPA) buat silap, orang melihat Kerajaan yang silap". Beliau berkata demikian dalam ucapan di Perhimpunan bulanan Urus Setia SPA Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu sebentar tadi. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan dan warga Urus Setia SPA Cawangan Sabah. Beliau juga mengingatkan Warga SPA supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas supaya tidak membuat keputusan yang melanggar peraturan atau Perlembagaan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk datang ke pejabat Urus Setia Cawangan Sabah di sini. Di akhir perhimpunan, YBhg. Pengerusi sempat bermesra dengan Warga SPA dan melawat bilik temu duga di sini.----- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12