November 2012 - Aktiviti 14

  • Lawatan Kerja Ke Negara Sweden

    SWEDEN 28 Nov----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengetuai lawatan kerja delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ke Negara Sweden. Delegasi SPA yang tiba ke negara tersebut kelmarin turut disertai oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan tiga orang pegawai SPA. Lawatan kerja selama 5 hari itu adalah bertujuan untuk mengetahui dan mempelajari kaedah pengambilan kakitangan awam di negara itu. Satu taklimat mengenainya telah disampaikan oleh Mr. Robert Cloarec wakil dari Ministry of Employment, Sweden. Pada hari ini pula delegasi SPA akan membuat lawatan ke Swedish Public Employment Service dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga akan mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Sweden -----MediaSPA

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14