November 2013 - Aktiviti 1

  • Hari Kerjaya Di UTAR


    KAMPAR 6 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Hari Kerjaya yang diadakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Hari Kerjaya yang diadakan ini adalah khusus untuk memberi pendedahan kepada graduan UTAR mengenai S.P.A dan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam. Seramai 760 orang pelajar hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Cik Neo Su Bing. Satu sesi “Mock Interview” turut diadakan dan dipengerusikan oleh Ahli Suruhanjaya iaitu Encik Boon Jon Lin dan juga Pegawai Tugas-tugas Khas iaitu YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan Puan Thoong Lay Chooi. Terdahulu dari itu Presiden UTAR, YBhg. Ir Prof Dato’ Dr. Chuah Hean Teik menyampaikan ucapan alu-aluan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada S.P.A kerana sudi mengadakan hari kerjaya untuk para pelajarnya. ----- MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1