November 2017 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 November ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Ke SPA Malaysia

    PUTRAJAYA, 2 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, semalam. Delegasi diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Hajah Sepiah Isa, turut diiringi Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha SPA Negeri Kedah, Encik Mohd Zaidy Omar. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA Malaysia telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah. SPA Malaysia juga turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai urusan-urusan Pengambilan, Peperiksaan, Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib. Hadir sama, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4