November 2017 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 22 November ----- Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017

    PUTRAJAYA, 20 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017, yang diadakan di Putrajaya. Sambutan yang bertemakan “Integriti dan Inovasi Merealisasi Transformasi” turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan turut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau berkata, majlis ini adalah sebagai menzahirkan bahawa warga SPA sangat komited memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan. Katanya lagi, dalam konteks SPA sebagai jabatan yang terlibat dalam melantik penjawat awam, kita harus memastikan konsep integriti ini sentiasa dipegang dan dengan adanya lafaz Ikrar ini menunjukkan komitmen kita bagi memperkukuhkan interiti dilaksanakan secara berterusan. ----- MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_4